Sunday 14 August 2011

Made In Japan!

seorang lelaki jepun tergesa-gesa untuk ke lapangan terbang Subang.Lalu dye menahan sebuah teksi Proton yang kebetulan lalu.dipendekkan cerita,lelaki jepun ni teramat bengang dengan pemandu teksi yang memandu terlalu 'bersopan santun' dan berhati hati tuh!

tiba tiba sebuah kereta Toyota Camry meluncur laju memotong mereka!...zooomm...
lelaki jepun: tengok..tengok..kereta toyota!!!sangat laju...made in Japan!tak macam kereta Proton buatan Malaysia,lembab!!
pemandu teksi: yah....

beberapa minit kemudian,lalulah sebuah kereta Nissan dengan lajunya memintas teksi itu.
lelaki jepun:tengok...wahh,,kereta Nissan!!!sangat laju...bagus..bagus buatan jepun.
pemandu teksi:yah...yah..

tak berapa lama kemudian,muncul pula sebuah kereta Honda memecut laju dan meninggalkan teksi tersebut.
lelaki jepun:wow...kereta Honda..memang bagus!!buatan jepun!kereta Proton tak bagus!
pemandu teksi:yah..yah...yah...!

akhirnye mereka tibe di lapangan terbang,lelaki jepun itu hendak membayar tambang teksi.
lelaki jepun:berape tambangnya?
pemandu teksi:RM150 sahaja!
lelaki jepun:wahh!!(tekejut)mahalnye!!kamu caj lebih ya???
pemandu teksi:eh taklahhh...cube tengok meter ni...tengok..tengok...sangat bagus..sangat laju...buatan JEPUN!!
lelaki jepun:gurlppp!!!

p/s:ahaha..padan muke!!!:P

Saturday 13 August 2011

"Abang,Tunggu mak di syurga ya..."


Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

p/s : actually ni kisah benar dari entry i luv islam...dan aku dapat nih dari kawan aku.. mira :D

sekurang kurang nye kita dapat lihat kasih sayang yang tidak luntur dari ibubapa n setiap yang hidup pasti akan merasai mati...hargai lah orang sekeliling kita sebelum terlambat...:)




terharu....='(

ari ni da banyak blog aku roger3...dan banyak3 blog,,entry nih buat air mate aku tak henti henti mengalir...perit hati si dye terkesan kat hati nih...terharu bace blog si dye.. klik sini..

aku tak pernah rase kehilangan orang yang dicintai tapi aku pernah rase kehilangan orang yang disayangi...dan rase perit itu same bukan?








p/s : al-fatihah buat umat yang telah meninggal dunia...=.=


jom join blogist haris kaito!


ade mase roger roger la blog nih....ehe


p/s : selamat berblog...^.^

sile tengok cite nih!!ehe



KL Gangster gempak ah cite dye...cite nih da lame keluar tapi aku baru tengok bulan lepas...aku solute la cite nih..tak taw nape..aku yang tak minat cite cite ganas nih bole melekat tengok movie nih...ehe..memang bez gilark...bez tengok hero hensem,,tengok adi putra jadi ganas,,bestfriend....hoo..
adi putra sendiri pun cakap dye tak berape pandai sangat berlakon ganas ganas nih..tapi aku tengok dye berlakon jadi sangat..oke lah walaupun dye selalu bawak watak baik baik...sekali sekala kene lah mencuba watak3 camnih pulak..kipidup lahh adi putra!!i like...ahaha..
part kawan tolong kawan pun aku tabik gak lahh..memang kawan sejati..tak goyah kot..ehe

p/s : sape sape yang tak tengok lagi cite nih,,,try la tengok cite dye mmg bez..<3

semangat merdeka!!wohh.

Merdeka!!Merdeka!!Merdeka!!

eh,eh,,semangat betol cik ain kite nih..belom merdeka lagi la yang oi..ehe
sebenarnye nak cite cikit pasal ari-ari merdeka nih...bukan nak bukak buku sejarah,,ni cite cite kosong saje..:D

balik sekolah jep adik teros jep minta suruh beli bendera malaysia,,dye kate kalo tak beli nanti kene marah dengan cikgu..(tahu pulak takot cikgu, kek nye sebelom nih tak abis abis nak fire fire cikgu) =.=

nak tahu adik aku nih nyanyi lagu negaraku macam mane...meh sini

beberaraku...
dan ajian puji puji naan
tanah kita selamat berhatannnn......
lepas tuhh,,aku da tak paham ape yang die nyanyi..
hadoii,,adik adik...ape la yang kau nyanyi nih???

mimik muka da semangat sangat siap pegang bendera malaysia lagi,,..bile dengar dye nyanyi...teeetttt.....
poning pale di buat nye..
beli bendera bukan yang kecik tapi yang besar,,siap ade kayu lagi...jangan di ketuk kawan dye ngan kayu tuh sudah,,tak makan saman punye budak nih..

dari ari semalam aku dengar dye dok asik nyanyi lagu negaraku n lagu merdeka,,kibar kibar bendera lagi,,,adik aku semangat terlebih nih...nak je aku bagi makan ubat tido kat dye biar senyap cikit..hahaha(jahat nye aku)tak mungkin lohh...:p

p/s : budak budak zaman sekarang bagus,,semangat merdeka tuh berkobar kobar........tengok adik aku pun cukup lah...kekeke:D

p/s : dan aku rase entry nih cukup bagus untuk orang yang masih tidak tahu apa itu merdeka...wajib bace nih :D:D


Thursday 4 August 2011

mohh bace novel :)

ari nih da banyak novel aku bace...walaupun semua nye bersambung sambung,,tp tetap bez =)

meh ramai3 kite bace novel....ni link nye :D

http://www.penulisan2u.my/2011/08/novel-musuhku-suamiku-9/

kalo da borink borink tak taw nak buat ape,,bole la bace novel3 nih..:)

di malam hari:D

Malam semalam aku borak borak ngan kawan aku nih..punye la lame sampai aku cakap kat dye..bile kredit kau nak abis ek??hahaha..jahat kan aku..tapi tak pe dye da bese dengar aku cakap gituh..hoho..tak terase la kot..hee
Da nak dekat pukul  2 pagi,,memang la mate aku tak larat dah...last3 aku cakap kat dye..kau letak r cepat,,aku da ngantok...dye pun entah bape kali menguap..dye tak nak letak gak,,suruh aku letak dulu,,,aku pun cakap r,,,persis perempuan melayu terakhir,,tak kan aku nak letak dulu,kau yang tepon aku,kau la letak dulu..hoho,,baik tak aku??haha..dye kate kalo aku wat sopan santun pun tak akan menjadi..memang tak kan..ceyt,,hampeh punye kawan..aku punye baik dye cakap camtu..memang nak kene flying kick la tuh!!!..last3 dye letak gak..bersyukur aku..haha:P

Tak sampai 5minit,,mesej masuk..sape lagi kalo bukan dye tuh..

Dye:aku nak nanges la dengar sore aok.

Aku:loh..nape nye?sore aku cam sore mak kau ke?

Dye:ntah ..siyez rindoO kat kaw weyh..kaw la pmpuan yang paling banyak aku mesej kat metric...ntah r

Aku:lahh..xpe..lepas aku ade saadah..hee

Dye:len la..ngan kaw aku rase len..ngan adah aku rase len..pape un aku na kawan ngan kau sampai aku besa.

Terharu giler aku bace mesej dye nih..

Aku:kau da besa pun..ke tak cukup besa ag??haha..rilek r..kawan tak kan putus sampai bile3..

Dye:aah..tapi kaw kawan istimewa aku..nanti bile3 aku mesti nak belanje kaw makan..siyez..kalo jumpe kaw      mst aku tak belanje makan pun,,tengok wayang pun jadi la..janji ade kaw..

Menitik air mate aku terharu sangat3..tak sangke aku begitu dihargai..yang paling tak sangke dye da matang..hilang perangai giler3 dye.

Aku:yela..I.Allah..nyte..baiiJ

Dye:bai..pape un..mis u..tq for being my fren..sonok kawan ngan kaw...take care..

Hoh..memang aku tak sangke dye macam tuh..selame nih aku slalu gadoh ngan dye..memang gadoh je la..tapi gadoh3 kawan..bese la kan..sejak kuar metric da jarang contact, lagi3 aku da tak gune no dulu..
Sorang lagi kawan aku yang dah menunjuk kan kematangan..aku?ntah bile lah..hee..tapi jangan salah paham taw..dye da ade awek pun..:D
Aku harap suatu hari nanti aku dapat jumpa dye lagi..sebab dye duduk jauh sangat dari aku..bukan ke ikatan persahabatan memang tak akan putus,,so hope la akan kekal sampai bile bile..:)

nak tahu sape dye...??ni lah dye..
.
.
.
.
.


ahaha..kecik nye gamba..da gamba curi..jadi lah..hee~



Wednesday 3 August 2011

bulan ramadhan :)

bulan baik,,bulan yang penuh barakah,penuh keberkatan,pintu pintu syurga yang sentiasa terbuka luas.. pintu nerake yang tetutup rapat...mari lah kita bersame same menjalani ibadat dengan penuh khusyuk dan tawadhuk...dalam setahun hanya sebulan sahaja bulan ramadhan menjelma,,jangan lepaskan peluang yang terbentang luas..pimpin lah diri untuk melawan godaan nafsu...dan same samelah kita menjalani dengan penuh ikhlas....


bace entry nih..penuh makna yang tersirat...hayati n fahami lah..=)

kawin?!

bile aku nak kawin ye..??hahaha
tadi baru jep aku bace blog sorang teman kmns nih..tapi aku tak kenal dye..sayang nye!!hehe..kalo jumpe dye bole lah minta tips macam mane nak kawin awal...hehe
kalo korang nak bace nih link nye 


bez la gak bace dye punye entry..kawin dah dye..alhamdulillah..semoga berbahagie dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah....aminn!!

aku dapat agak dye nih seorang yang matang...memang layak sangat da kawin..hehe..aku??aku entah bile nak matang..hoho...macam kene matang dulu baru kawin je..eh,,mestilah...kematangan tu kan penting untuk kebahagian berpanjagan n kekal lame.....=)
cehh,,pandai ngat aku..tak pe lah...ade rezki nanti aku kawin lah...insyaAllah...hee~
semoge aku jugak dapat jodoh yang baik dan boleh membimbing aku ke jalan yang diredhai:)

yang penting kene matang dulu!!!nak jadi matang la pasni...cepat cikit kawin...haha

dunia hari ini =.=

kenape orang yang berilmu,berpendidikan tinggi dipandang mulia,disanjung dan dihormati??
dan kenape orang yang tidak berpelajaran dipandang serong dan susah untuk dipercayai??
oke,,cukup lah kalau orang itu adalah seorang manager atau pun bos...pasti akan di angkat tinggi.
kalau diberi pilihan yang mane satu korang akan pilih,,yang dipandang tinggi atau sentiase di pandang jelek?
sudah menjadi lumrah dunia,,orang yang berilmu pengatahuan akan lebih dihormati bebanding sebalik nye kan..
cukup lah sendiri dengan pengalaman yang aku dapat time aku kerja dulu..fine,,aku tahu aku hanye kerja sebagai cashier,,yang orang menganggap..hmm,,budak ni mesti bodoh belajar...sebab tuh kerje nih jep..aku boleh tahu dari cara dyewang berkate,..dyewang pikir orang macam nih tak layak untuk diberi layanan baik...aku tak salah kan semua..mungkin hanye segelintir..tapi tak bole ke kita yang memang ade sifat kemanusiaan...saling menghormati..bukan nye boleh teros di marah,perli dengan kate kate pedas.... kalau betol lah korang berpelajaran kenape tak pandai berbahase??tak belajar ke kat sekolah dulu?kate cerdik pandai sangat..bagi aku orang yang bijak akan sentiase melakukan sesuatu dengan bijak jugak..kirenye orang yang konon nye cerdik sangat tuh same lah bodoh cam aku?!!!haha..same lah kite kan..buat penat je belajar tinggi tinggi tapi tak tahu budi bahase....
aku bukan ape cume agak terkilan dengan segelintir masyarakat yang cakap ikut sedap mulut jep...pernah sekali tuh,,ade sorang customer tuh,,yela lagak nye macam orang kaye....dye selamba jep cakap,,kau nih tak pandai math ke??ke tak sekolah dulu?kalo tak pandai macam mane bole jadi cashier..huhu..sampai hati dye cakap camtuh..terdiam aku..walaupun aku da behenti kerja,,sampai sekarang kate kate tuh tak pernah hilang dari kepale nih...,...
kalau nak kate kene marah dengan customer tuh selalu sangat dah...baru lah aku tahu yang dunia ini tak semua nye indah..cukup lah pengalaman yang aku kumpul untuk membuat aku lebih matang mengenali dunia sebenar...
aku harap bile aku sudah berjaye kelak,,aku tak akan melakukan perkare yang boleh menjatuhkan maruah aku sendiri,,berlagak sombong dengan pangkat yang ade sampai tidak mengenal ape itu budi bahase..


Tuesday 2 August 2011

ngarot di malam hari..hehe

bile masuk bulan puase nih mula la sibuk pikir pasal raye..nak beli baju raye,,kuih raye,,kasut raye,,langsir raye,,dompet raye??hoh,,dompet pun kene baru gak ke???yela da nak masuk duit baru..raye kan..tapi aku tak beli baru pun...baju raye pun mak yang belikan..balik balik jep baju raye da depan mate...oke jep la..asal ade!..haha.
tapi raye tahun tak bole lame lame,,daftar u 7hb..tapi tuh kire oke lah dari kawan aku daftar 3hb..tak ke haru gituh..huhu...simpati untuk dyewang..takziah!hee..
bez ke masuk u??ramai orang cakap bez sangat sangat!!amboi,,macam seronok sangat..aku pun rase cam tak sabar jep..tapi cume satu jep paling aku tak suke,,,ORENTASI!!!!!!
sungguh aku benci aktiviti tuh..BOIKOT BOIKOT!!!=.=
terutama aktiviti suai kenal..huhu..tak pandai nak promote diri..segan jep..haha..sejak bile aku pandai malu..adehh=.=
tapi kalo da tak de orentasi aku jugak yang susah nak kenal kenal tempat baru tuh...huu~...so,,redha jep la..jangan aku kene buli nanti sudah..huu.

mule mule cite pasal raye..lame lame melalut laen pulak..adehh..hee

:)

lame sgt dah tak roger roger blog...rindu jugak..hee
pejam celik pejam celik da bulan puase pun...selamat berpuase!!haha..lambat 3 hari da wish..
ni tengah malam malam bute tak tahu nak buat ape..nak tido mate tak mau tutup..hish,,degil betol mate nih..=.=
tengah dok memikir bile laa nak lulus jpj...ni da nak masuk 3 kali,,kalau tak lulus jugak tak taw la...kene berendam dalam air bunge la jawab nye...huhu =.=
da asik bawak moto macam kene kejar hantu...bile naik titi tuh tak pandai nak pelahan..adehh.
da macam macam nasihat dapat tapi degil jugak tuh,,minah nih memang la...kene campak sungai pahang la gituh..hooo~